Program Klik Dengan Bijak & Advokasi 2019

28 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Februari 2019 (Rabu), telah diadakan Program KDB & Advokasi 2019 . Siri 1 yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet PPR Taman Malihah di Sekolah Menengah (Agama) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Petrajaya. Program ini dengan jayanya dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Internet PPR Taman Dahlia.

Program KDB & Advokasi ini disertai oleh 335 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 termasuk kehadiran daripada Cikgu.
Program ini dijayakan selama 2 jam bermula jam 3-5 petang.

Selain itu, program ini juga telah memperkenalkan Program Portal eKelas kepada para pelajar sekaligus menarik minat pelajar baru Tingkatan 1-4 untuk mendaftar secara PERCUMA!

Antara input Taklimat di SM (A) SHOAW yang dikongsi bersama-sama para pelajar adalah:
1. Klik Dengan Bijak (Tips keselamatan Media Sosial)
2. Buli Siber "Cyber Bully"
3. "Cyber stalking"
4. "Cyber grooming"
5. "Check Your Label"
6. "eWaste"


Semoga segala ilmu yang dikongsi bersama bermanfaat untuk para pelajar-pelajar dan Guru SM (A) SHOAW! Ahlan Wa Sahlan!


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali